Selasa, 17 April 2012

Mengucap 2 kalimah Syahadah..

بسم الله
Dalam entry kali ini ,kita akan menyentuh tentang Kalimah syahadah.Sebelum kita meneruskan tajuk ini,,kita dengarkan dahulu nasyid dari kumpulan Raihan ini.




Kita dengar bait2 lirik dari kumpulan Raihan :

dan maksudnya "Aku bersaksi Taida tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
                          dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad itu pesuruh Allah"

Kandungan Kalimah Syahadah

Di dalam Kalimah syahadat terkandung kepercayaan kepada Allah yang sebenar dan kepercayaan kepada Rasul.

Seseorang perlu melafazkan kalimah syahadah memberi pengakuan akan adanya Tauhan yang sebenar, iaitu Allah S.W.T. dan memberi pengakuan bahawa Allah telah mengutuskan Rasul-Nya kepada sekalian alam ini,iaitu Nabi Muhammad junjungan kita.

Syarat2 sah Kalimah Syahadah

Apabila seoarng yang bukan Islam mengucap 2 kalimah syahadah beserta dengan kepercayaan di dalam hatinya ,maka ia menjadi seorang Islam dan terpelihara dirinya,hartanya dan nyawanya seperti mana terpelihara diri, harta dan nyawa seorang Islam.

Syarat sah kalimah syahadah:
  • Hendaklah tertib kalimah syadah seperti dinyatakan
  • hendaklah melafazkan kalimah syahadah itu berturut-turut
  • hendaklah faham akan makna kedua-duanya
  • hendaklah mendustakan semua perkara yang menyalahi bagi maksud syahadat itu.
  • jangan syak padsa keduanya. 

Sebelum menutup entri kali ini,berikut merupakan paparan video mualaf yang mengucapkan dua kalimah syadah.moga banyak lagi saudara baru kita yang memperjuangkan kalimah Allah di Dunia ini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan