Rabu, 18 April 2012

Melaksanakan wuduk

بسم الله


Sebelum kita menyentuh lebih mendalam berkenaan tajuk ini,mari kita tonton video in i terlebih dahulu





Wuduk ialah perkara yang wajib dilakukan sebelum kita menunaikan solat.Fungsi wuduk ialah mengangkat hadas kecil. 

Fardu Wuduk

Niat
Niat  mengambil wuduk
نويت فرض الوضؤلله تالى    

sahaja aku tunaikan fardu wuduk kerana Allah Taala


Membasuh muka
Had atau kawasan muka itu ialah antara tempat tumbuh rambut (yang biasa )sehingga air tulang dagu -bujur muka dan bahagian 2 telinga-lintang muka.

Membasuh kedua tangan
Membasuh 2 tapak tangan ,dan dua lengan sertya dua siku.
Wajib membasuh segala bulu ,daging,begitu juga jari-jari yang lebih dan juga kuku.

Menyapu sebahagian daripada kepala
-iaitu menyapu sebahagian dari kulit kepala atau rambut yang di dalam had atau kawasan kepala


Membasuh dua kaki hingga ke buku lali

Wajib menyinghkirkan apa2 benda yang menghalang air dari sampai ke anggota wuduk tersebut.Kawasan wajib pula ialah kaki hingga ke buku lali.


Tertib
iaitu melakukan satu daripada fardu wuduk iti denagn mendahulukan yang dahulu dan kemudiankan yang kemudian.



Sunat wuduk 

membaca bismillah pada permulaan
membasuh 2 tapak tangan hingga ke pergelangan tangan
bersugi dengan sesuatu yang kesat
berkumur-kumur
memasukkan air ke dalam rongga hidung dan mengeluarkannya kembali
menyapu kedua telinga 


cara berwuduk yang betul


Perkara yang membatalkan wuduk

  1. Keluar sesuatu dari kubul dan dubur.Seperti kencing ,buang angin,buang air besar.
  2. Tidur tidak tetap punggungnya
  3. Hilang akal sebab mabuk,pitam gila atau sebagainya
  4. Bersentuh kulit antara lelaki dan wanita ajnabi(bukan maharm)
  5. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan.(bahagaian dalam tapak tanagn dran bahagian dalam anak2 jari )
  6. Murtad iaitu kelaur dari Islam                                                                   
Sekian sahaja untuk post kali ini.Pada post akan datang kliat akan menyentuh tentang tayamum.

وسلام

Tiada ulasan:

Catat Ulasan