بسم الله
Pada entri kali ini kita akan masuk ke tajukk tayamum .
Pengertian
Tayamum pada syara' ialahg menyapun debu suci ke muka dan kedua tangan kerana mengganti wuduk atau mandi wajib atau ganti daripada anggota yang tidak dapat disampaikan air kepadanya kerana sesuatu keuzuran atau syarat2 tertentu.
Syarat-syarat Tayamum
- Ada keuzuran seperti ketiadaan air atau sakit
- Masuk waktu solat ,maka tidak sah tayaamum bagi solat fardu sebelum masuk waktunya.
- Mencari air terlebih dahulu.Setelah yakin tiada air,maka bertayamum.
- Uzur menggunakan air kerana ditakuti cedera pada anggota yang sakit
- Tanah berdebu yang suci lagi mensucikan.
Fardu Tayamum
- Niat: Sahaja akau bertayamum kerana mengharuskan bagi solat kerana Allah Taaala.
- Menyapu muka iaitu menyapu tanah ke seluruh muka
- Menyapu kedua belah tangan sampai ke siku.
- Tertib
Perkara yang membatalkan Tayamum
- Berlaku sesuatu perkarta2 yang membatalakan wuduk
- Merlihat akanh air atau ada terdapat air jika ia tayamum kerana ketiadaan air.
- Murtad
Sebelum menutup Tajuk kita pada hari ini,marilah sama2 kita melihat amali tayum terlebih dahulu supaya kefahaman kita lebih kukuh tentang mel;aksanakan tayamum.
وسلام
Tiada ulasan:
Catat Ulasan