Selasa, 14 Mei 2013

Kelebihan wuduk

Ertinya:daripada Abu Hurairah ra Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk.Sesiapa yang berupaya untuk melebihi basuhan wuduknya,maka berwuduklah:.

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Rabu, 24 April 2013

Surah Al-ikhlas dan kelebihannya

kelebihan surah Al -Ikhlas berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W....



  • Rasulullah bersabda bermaksud:  Barangsiapa membaca Al Ikhlas ,maka seolah-olah membaca sepertiga AlQuran
  • Rasulullah bersabda :Branagsiapa membaca Alikhlas sebanyak 200 kali pada setiap hari,Maka Allah swt mengampunkan segala diosanya selama 50  tahun melainkan dosa hutang
  • Rasulullah bersabda :barangsiap hendak tidur,tidurlah di atyas lambung kanan kemudian bacalah Al Ikhlas sebanyak 100 kali, nanti bila tiba di akhirat Allah swt berfirman kepadanya "Wahai hambaku,masuklah ke dalam syurga dari pihak kananmu".
  • Sabda Rasulullah  saw:Barangsiapa yang membaca Alikhlas sebanyak 11 kali ketika melalui tanah perkuburan dan pahala dari bacaaan itu dihadiahkan kepada mereka ,insya Allah ahli-ahli kubur di tempat itu mendapat kesenangan dan Allah akanb memberi pahala kepada pembaxcanya sebanyak penghuni kubur di situ.
.

Isnin, 23 April 2012

Puasa

بسم الله 



Puasa pada bulan Ramadhan adalah rukun Islam adalah wajib dilaksanakan  oleh umat islam dan termasuk dalam rukun islam.

Pengertian puasa

Bahasa :
Menahan diri

Istilah:
Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.


Rukun Puasa

  1. Orang yang berpuasa
  2. niat
  3. menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa
Fardu Puasa

Niat
  • menahan diri daripada makan dan minum walau sedikitpun
  • menahan diri dari jimak
  • menahan diri dari sengaja muntah 

Perkara yang membatalkan puasa


  • memasukkan benda kedalam rongga badan yang terbuka
  • sengaja muntah
  • jimak dengan sengaja
  • mengeluarkan mani dengan sengaja
  • kedatangan haid dajn wiladah
  • gila
  • pitam sepanjang hari
  • mabuk sepanjang hari
  • murtad atau keluar dari islam
Sekian sahaja utk post kali ini.

وسلام